05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Audit Pematuhan Operasi Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Serta Pelaksanaan Sistem SPPIM di JAWI Cawangan Labuan

1

26 - 28 Oktober 2017 -  Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Audit Pematuhan Operasi Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga serta Pelaksanaan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di JAWI Cawangan Labuan.

Rombongan seramai 5 orang terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah, BPPK iaitu Ustazah Sharidah binti Zainal Abidin, tiga orang Penolong Pengarah Kanan, BPPK iaitu Ustazah Nazihan binti Idris, Ustazah Anisah binti Musa dan Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad serta seorang Penolong Pengarah, BPPK iaitu Ustazah Marriyani binti Mohamad.

Audit selama 3 hari 2 malam  ini  bertujuan untuk memastikan pelaksanaan operasi pengurusan  nikah, cerai dan ruju’ (NCR), runding cara (RC), kursus praperkahwinan Islam, Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti (PKKSK) serta SPPIM di JAWI Cawangan Labuan adalah selaras sebagaimana di JAWI Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semakan dan audit tersebut melibatkan urusan Permohonan Kebenaran Berkahwin, Pendaftaran Perkahwinan, Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Kebenaran, Perkahwinan Menggunakan Wali Hakim/ Bawah Umur, RC, SPPIM dan back log data SPPIM, Pembayaran dan Fee serta Kursus Praperkahwinan Islam Malaysia.

 

Audit secara berkala amat penting dilakukan bagi memastikan urusan-urusan di ketiga-tiga wilayah adalah terikat kepada peraturan dan garis panduan yang sama. Selain daripada melaksanakan audit, rombongan juga sempat mengadakan perbincangan ringkas bersama wakil Mahkamah Rendah Syariah Labuan bagi membincangkan isu Permohonan Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan (4P) yang baru dilancarkan pada 2 Oktober 2017 di Kuala Lumpur.

 

Semoga hasil perbincangan dan audit yang dilaksanakan sedikit sebanyak dapat menambahbaik mutu operasi dan perkhidmatan yang diberikan oleh JAWI Cawangan Labuan kepada jabatan dan juga masyarakat setempat.

 

2 3
4 5
6 7
Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel