05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pembinaan Buku Panduan Guru Dengan Pendekatan Integrated Holistic Education System ( IHES) JAWI

bina 1

 

31 Oktober 2017- Bahagian Pelajaran JAWI telah mengadakan Bengkel Pembinaan Buku Panduan Guru  dengan pendekatan Integrated Holistic Education System ( IHES)  selama 3 hari di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam pada 24-26 Oktober 2017. Bengkel ini dihadiri seramai 28 panel terdiri dari guru-guru SRA dan guru SIRAJ, Pegawai dan Penolong Pegawai Bahagian Pelajaran.

Bengkel ini telah dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu Puan Hajjah Arjuna bt Ismail Pen.Pegawai Tadbir Agama (Pend.Islam) Daerah Gombak dan Puan Hajjah Azimah bt  Abdul Aziz, Guru Besar SRA Taman Permata Hulu Klang. Para peserta telah dibimbing menterjemahkan Kaedah IHES dalam penulisan Buku Panduan Guru bagi tahun 1 dan 2. Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan kepentingan peranan guru dalam PdP serta dapat mendedahkan kaedah PdP yang berkesan dengan menggunakan kaedah IHES, di samping dapat melahirkan guru yang pakar dalam penyediaan Buku Panduan Guru berteraskan pendekatan IHES.

Semoga dengan bimbingan dan pendedahan ini, Bahagian Pelajaran dapat menghasilkan guru dan Buku Panduan Guru yang berkesan bagi kegunaan dan panduan guru-guru SRA dan SIRAJ di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di samping mengukuhkan Pengajaran dan Pembelajaran guru-guru sebagai Murabbi bagi membentuk generasi Rabbani.

 

 bina 2 bina 3 
 bina 4  bina 5
 bina 6  bina 7
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Cetak   Emel