05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Muzakarah Hukum Munakahat 2017

 1

23 Oktober 2017M/ 2 Safar 1439H (Isnin) – Muzakarah Hukum Munakahat Bersama Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah - Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam anjuran Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI Kuala Lumpur.

Slot ceramah di dalam program ini  disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fahmi bin Rusli, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan tajuk “ Wali dalam Pernikahan “.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir sama Tuan Haji Yusuf bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) , JAWI dan Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkawhinan dan Pembangunan Keluarga , JAWI.

YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI juga turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Kepada PPNCR yang terpilih dari ketiga-tiga Wilayah. Mereka yang menerima anugerah ialah Ustaz Md Zaki Ab Manan dan Ustaz Mohd Zaki bin Mahmood dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Abdul Manaf bin Mat dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Ustaz Nasrullah bin Ismail dari Wilayah Persekutuan Labuan. 

 2 3
 4  5
 6  7

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel