05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjung Hormat dan Ziarah Ke Hospital Sungai Buloh Sempena Maal Hijrah 1439H

 
ZiarahHSgB1

 

20 Oktober 2017 | 29 Muharam 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kunjung Hormat dan Ziarah ke Hospital Sungai Buloh Bersempena Sambutan Maal Hijrah 1439H pada 19 Oktober 2017 (Khamis) yang lalu. Program Kunjung Hormat ini telah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

 

Program dimulakan dengan taklimat berkaitan Hospital Mesra Ibadah (HMI) oleh Dr. Ahmad Fahmy Bin Md Sahray, Ketua Penolong Pengarah (Klinikal), Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh. Seterusnya, ucapan aluan disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr Hj Khalid Bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh manakala ucapan balas daripada wakil JAWI disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaldin bin Mohd Damin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

 

Selain mendengar taklimat ringkas berkaitan Hospital Mesra Ibadah dan pengoperasian Hospital Sungai Buloh, delegasi dari JAWI turut meluangkan masa menziarahi pesakit-pesakit dan mengedarkan goodies bag di Wad 5A dan 5D (Orthopedik) Hospital Sungai Buloh.

 

Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar program kunjung hormat dan ziarah ini dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala di antara JAWI dan Hospital Sungai Buloh di samping dapat memberikan semangat dan dorongan kepada para pesakit yang terlibat. JAWI juga mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak termasuk pihak-pihak swasta dan NGO untuk tampil serta turut serta menyumbang dari segi tenaga mahupun material.


 

ZiarahHSgB2 ZiarahHSgB3
ZiarahHSgB4 ZiarahHSgB5
 ZiarahHSgB6  ZiarahHSgB7

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel