05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Latihan Asas ICT (Media Sosial)

 

 

ict1

11 & 12 Oktober 2017 (Rabu & Khamis) - Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah mengadakan Bengkel Latihan Asas ICT (Media Sosial) di Dewan Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

Seramai lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid, Pusat Zon 6, Ketua Imam, Penolong Ketua Imam dan Bilal telah menghadiri bengkel tersebut. Penganjuran bengkel adalah bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan ilmu pengetahuan mengenai bidang teknologi maklumat beserta latihan asas ICT berkaitan dengan modul media sosial secara teori dan amali.

Ianya telah berlangsung selama dua hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan bimbingan daripada tiga orang tenaga pengajar iaitu Puan Nurul Nabilah binti Md Zainol (PI1M PPR Sri Pantai), Puan Noor Aziani binti Aziz (PI1M PPR Kerinchi) dan Puan Nur Ain binti Muhammad Tahir (PI1M PPR Jelatek). Pengisian latihan melibatkan modul program dan aplikasi seperti Gmail, Video Atas Talian (YouTube), Instagram, Facebook, Aplikasi Telefon Pintar dan Blog beserta dengan sesi soal jawab.

Bengkel ini telah mencapai objektif dan memberi kesan positif kepada para peserta hasil daripada pendedahan melalui pelbagai modul dan aktiviti yang telah dilaksanakan di samping itu juga turut menerapkan kesedaran celik IT di kalangan para pegawai dan kakitangan Masjid.

 

 ict6  ict5
 ict4  ict2
 ict3  ict7

Disediakan oleh :

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6,

Jabatan Agama Islam WIlayah Persekutuan.


Cetak   Emel