05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Oktober Super Weekend! ‘Qiam With Me’ & ‘Pack The Masjid! Lets Subuh!’

SUPER1

14 Oktober 2017 (Sabtu) – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah mengadakan Ceramah Khas Bulan Oktober bertajuk “Menginsafi Hakikat Alam Kubur” yang disampaikan oleh penceramah terkenal daripada negeri Kelantan Darul Naim iaitu Y.Bhg. Ust. Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. Majlis bertemakan “Malam Negeri Kelantan” yang berlangsung selama 3 jam ini, ditaja khas dan dijayakan secara bersama oleh anak-anak Kelantan yang menetap di Bukit Damansara. Penceramah telah memberikan kupasan-kupasan yang sangat menarik perhatian para jamaah berkenaan gambaran-gambaran nikmat dan siksa alam kubur, panduan amalan-amalan untuk mempersiapkan diri sebelum menghadapi alam kubur bersumberkan rujukan Al-Quran & Hadith serta imbasan kisah-kisah benar tentang kematian ‘alim ulamak terdahulu. Majlis diakhiri dengan kemeriahan makan malam bermenukan Nasi Kerabu, Ayam Percik dan aneka makanan tradisi negeri Kelantan.

            Selain itu, pihak masjid juga meneruskan pengisian hujung minggu yang lalu iaitu pada 15 Oktober 2017 (Ahad) dengan program Qiamullail yang dinamakan “Qiam With Me”, bermula pada jam 4.30 pagi dan diketuai oleh Ketua Imam MSUA Bukit Damansara, Y.Bhg. Ust. Rohaily@Abd Rahman Abd Hamid. Seterusnya heningan pagi tersebut disambung pula dengan program siri pertama “Pack The Masjid! Lets Subuh!” yang berobjektifkan kehadiran beramai-ramai jamaah menunaikan solat Subuh di masjid sama seperti ramainya jamaah ketika solat Jumaat. Gabungan kedua-dua program ini diakhiri dengan “Kuliah Subuh Istimewa” bersama panelis program agama di TV & Radio iaitu Y.Bhg. Ust. Dr. Mohd Sukki Othman. Beliau membicarakan tajuk “Mendepani Cabaran Masa Kini Dalam Menegakkan Islam” dan turut menjawab beberapa persoalan tentang isu-isu semasa seperti isu “Dobi Mesra Muslim” yang sedang hangat diperdebatkan di seluruh negara. Secara keseluruhannya, kehadiran tetamu untuk kesemua proram yang berlangsung selama dua hari tersebut telah direkodkan hampir 600 orang terdiri daripada VVIP, orang awam serta Siswa & Siswi Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 

 SUPER2  SUPER3
 SUPER4  SUPER5

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara,

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

 

 

 


Cetak   Emel