05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perjumpaan Dan Ramah Mesra Pengarah JAWI Bersama Petugas Pengurus Jenazah JAWI

 
PTJenazah1

17 Oktober 2017 I 26 Muharam 1439H Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Pengarah JAWI Bersama Petugas Pengurus Jenazah JAWI telah diadakan pada 12 Oktober 2017 bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI bagi menghargai petugas-petugas yang terlibat dalam menguruskan jenazah-jenazah tragedi kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur.

 

 

Semasa majlis tersebut, YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI telah menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada petugas pengurus jenazah di atas kesungguhan dan komitmen yang tinggi serta sikap profesional yang ditunjukkan semasa menguruskan jenazah mangsa tragedi tersebut sehingga JAWI mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

 

 

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Tuan Haji Mohd Zamir bin Bahall, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah serta ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai kanan JAWI.

 

Untuk rekod, tragedi yang menggemparkan seluruh negara itu telah berlaku pada awal pagi 14 September 2017 dan telah mengorbankan 23 nyawa yang terdiri daripada 21 pelajar dan 2 orang guru di pusat tahfiz tersebut.

 

 

Sememangnya sikap yang ditunjukkan oleh petugas pengurus jenazah dalam menjalankan tugas selayaknya mendapat pujian dan wajar dicontohi. Semoga amalan budaya kerja cemerlang diteruskan dan menjadi amalan sepanjang masa tidak kira dalam menjalankan apa jua tugasan.

 

PTJenazah2 PTJenazah3
PTJenazah4 PTJenazah5
   

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel