05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kompleks Darul Hidayah Satukan Muallaf Seluruh Malaysia

 
KIFA2.1

17 Oktober 2017 I 26 Muharam 1439H Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru telah menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain Saudara Baru (KIFA) peringkat lanjutan Siri 2 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Kursus yang bermula pada 25 September 2017 dan berakhir pada 14 Oktober 2017 ini disertai oleh saudara baru yang mempunyai pelbagai latarbelakang dari seluruh Malaysia.

 

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) minggu ini, telah dibahagikan kepada 2 fasa, fasa pertama memfokuskan kepada ilmu-ilmu fardhu ain, iaitu ilmu tasawur islam dan perbandingan agama, akidah, akhlak serta dakwah dan sains yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fitri Bin Abdullah daripada Fitrah Brotherhood Services dan dibantu oleh barisan fasilitator yang juga dari kalangan Saudara Baru. Manakala fasa kedua pula di kendalikan oleh Institut Pengajian Al-Quran Malaysia (IPAQ) yang menumpukan tentang pembelajaran Al-Quran melalui kaedah cepat menulis dan membaca al-quran yang dikenali sebagai kaedah  ABAHATA Al-Jabari. Disamping itu, sebagai pengisian waktu riadah para peserta juga diajar tentang teknik asas memanah yang dikendalikan oleh SS Horses Solution.

Kursus ini juga dilihat sebagai platform pertemuan sesama saudara muslim untuk saling mengenali, bertukar-tukar pengalaman serta pandangan dan sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat dan menghapuskan rasa inferiority complex dalam diri mereka.

Bagi menilai tahap pencapaian, para peserta perlu melalui sesi ujian di setiap akhir fasa iaitu tahsin solat fardhu (Ujian Praktikal Solat) dan juga ujian membaca dan menulis Al-Quran dan kebanyakan mereka mampu menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik.

Majlis perasmian penutup Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) peringkat lanjutan Siri 2 pada kali ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 14 Oktober 2017.

Secara keseluruhannya, kebanyakan peserta memberi respon positif dan mengharapkan pihak Jabatan mengadakan lebih banyak kursus bimbingan di masa akan datang bagi membantu mereka mengenali ajaran Islam sebenar.

 

kifa2.1 kifa2.2
kifa2.3 kifa2.4
kifa2.7 kifa2.8

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

 

Cetak   Emel