05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SUDI Mantapkan Ilmu Sebagai Pendakwah

 
SUDI1

 

16 Oktober 2017 I 25 Muharam 1439H Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menganjurkan Kursus Pemantapan Kendiri Sukarelawan Dakwah Islamiah (SUDI) JAWI 2017 pada 13-15 Oktober 2017 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

 

 

Kursus telah dimulakan dengan Slot Bersama JAWI dan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Zamir bin Bahall, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI bagi berkongsi visi, misi dan harapan JAWI terhadap SUDI serta pembentangan laporan aktiviti ahli SUDI sepanjang tahun 2017.

 

 

Objektif program ini adalah memberi pendedahan secara langsung kepada ahli SUDI tentang aktiviti dakwah di lapangan serta melengkapkan ahli SUDI dengan ilmu-ilmu sebagai pendakwah antaranya isu-isu dakwah kontemporari serta kemahiran komunikasi berkesan.

 

 

Pada hari kedua kursus, para peserta telah diberi peluang mengikuti program khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Al-Habbah, Taman Jasa Utama, Batu Caves, Selangor. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program khidmat masyarakat adalah sukaneka, perkongsian ilmu bersama pelajar tahfiz berkaitan pengurusan jenazah secara teori dan praktikal, penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz berupa buku, alat tulis dan beg, sumbangan wang tunai serta barang-barang makanan. Program diakhiri dengan acara menanam pokok sebelum para peserta pulang semula ke tempat penginapan. YBrs. Tuan Haji Mohd Zamir bin Bahall, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI juga turut hadir ke program khidmat masyarakat bagi menyampaikan sumbangan kepada pelajar dan pusat tahfiz tersebut.

 

 

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang juga merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Beliau telah menyampaikan amanat dan harapan beliau terhadap ahli SUDI dan berharap agar SUDI dapat bergerak dengan lebih aktif bagi membantu JAWI melaksanakan misi dakwah terutamanya di Wilayah Persekutuan.

 

SUDI2 SUDI3
SUDI4 SUDI5
 SUDI6  SUDI7
SUDI8 SUDI9
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel