05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SUKMAS 2017 MERIAH

 

WhatsApp Image 2017-10-16 at 9.00.51 AM

 

14 OKTOBER, ( SABTU );  Bahagian Pengurusan Masjid,JAWI Berjaya menganjurkan Sukan Masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( SUKMAS 2017 ) bertempat di Kompleks Sukan Setiawangsa. Penyertaan 7 kontinjen yang terdiri daripada Zon 1 hingga 6 termasuklah ibu pejabat Bahagian Pengrusan Masjid  telah mewarnai SUKMAS yang dianjurkan secara dwi tahunan itu.

Majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh,Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut kagum dengan  para imam,bilal atau pegawai masjid yang bukan sahaja berada di masjid tetapi mampu  menganjur dan melibatkan diri di dalam SUKMAS.

Sebanyak 7 acara telah diserikan di dalam SUKMAS pada tahun ini iaitu Boling, Bola Sepak, Ping Pong, Congkak, Badminton, Tarik Tali dan Perbarisan  dengan penglibatan sebanyak 400 peserta yang terdiri daripada para imam, bilal atau petugas masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut hadir pada acara sukan pada pagi itu ialah Ustaz Hj Yusuf bin Mamat, Timbalan Pengarah ( Operasi), Tuan Adi Ratno bin Che Ani, Timbalan Pengarah ( Pengurusan ),Ustaz Mohd Fadzil bin Kassim, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Ustaz Haji Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid. Pusat Zon 2 mengungguli SUKMAS dengan meraih kemenangan berganda dan dinobatkan Juara Keseluruhan SUKMAS 2017.

 

WhatsApp Image 2017-10-16 at 8.59.57 AM WhatsApp Image 2017-10-16 at 9.00.50 AM
WhatsApp Image 2017-10-16 at 8.59.38 AM  WhatsApp Image 2017-10-16 at 9.00.20 AM
 WhatsApp Image 2017-10-16 at 9.00.52 AM

 WhatsApp Image 2017-10-16 at 8.59.12 AM

 




Teks dan Foto Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 


Cetak   Emel