05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 3/2017

 1 Akta siri 32017

10 Oktober 2017 / 20 Muharram 1439H (Selasa)– Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 3/2017 bertempat di Dewan Jejantas Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Wilayah Persekutuan, kakitangan BPPK dan juga pegawai-pegawai di bahagian-bahagian Jawi.

 

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 siri 3/2017 ini telah disampaikan oleh YA Prof. Adjung Dato’ Dr. Na’im bin Mokhtar, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Kelas pada siri ketiga tahun 2017 ini memfokuskan kepada Bahagian V Akta 303 iaitu pembubaran perkahwinan. YA Prof Adjung menerangkan tentang elemen-elemen penting dalam membuat perintah permohonan perceraian di bawah seksyen 45 Akta 303 iaitu perkahwinan yang didaftarkan di bawah Akta ini, perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut hukum syarak dan yang paling penting ialah pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan adalah dalam Wilayah Persekutuan. YA Dato’ Dr juga menerangkan seksyen 46 Akta 303 tentang pembubaran perkahwinan yang disebabkan pertukaran agama yang mempunyai kesan kepada pindaan Akta 164. YA Dato’ Dr juga menjelaskan dengan terperinci tentang perceraian dengan talaq atau dengan perintah yang mana seksyen ini perlu dibaca bersama dengan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 (Akta 585).

 

YA Dato’ Dr juga menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan penolong pendaftar, pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu berkaitan tentang perceraian dan isu hangat diperkatakan sekarang iaitu Akta 164. Kelas ini memberi banyak ilmu manfaat dan kefahaman dari sudut peruntukan undang-undang, cara membaca buku akta helaian demi helaian dan tafsiran setiap peruntukan seksyen yang membawa maksud dan tafsiran yang berbeza-beza.

2 akta siri 32017  1 Akta siri 32017

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel