05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Rasuah : Perosak Ummah.

rasuah1

5 Oktober 2017 (Khamis) - Masjid Ar Rahman Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Perdana Bulanan menampilkan YBhg. Dato' Sri  Haji Zakaria bin Haji Jaffar, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) mengupas tajuk "Mampukah Kita Mencegah Rasuah". Seramai 200 orang hadir bagi mendapat maklumat dan kefahaman tentang rasuah dan permasalahannya.

Dalam ceramah berkenaan, Y.Bhg. Dato' Sri  Haji Zakaria bin Haji Jaffar telah menjelaskan dengan ayat al-quran dan fakta yang memberi kefahaman tentang keburukan amalan rasuah. Jemaah yang hadir cukup berminat dengan tajuk yang disampaikan serta tidak melepaskan peluang bertanya soalan. Ceramah tersebut berakhir jam 9 malam disusuli solat fardhu isyak berjemaah dan jamuan yang disediakan.

Ceramah yang berdurasi 1 jam 30 minit juga boleh ditonton melalui FB Live Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur di https://www.facebook.com/355304791295748/videos/813805242112365/ .

 rasuah2 rasuah3 
 rasuah4  rasuah5

Disediakan oleh :

Pentadbiran,

Masjid Ar Rahman Kuala Lumpur.


Cetak   Emel