05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“Ya Allah...Jagalah Mereka Untuk Kami..”

yatim1

1 Oktober 2017H / 10 Muharram 1439H (Ahad) - Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah menganjurkan Program Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 30/09/2017 (Sabtu) dan 01/10/2017 (Ahad). Program ini, melibatkan seramai 30 orang anak-anak yatim & asnaf yang berumur antara 9 hingga 12 tahun daripada Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kesemua mereka telah bermalam di bilik Briged MSUA dan bilik-bilik hotel MSUA Bukit Damansara disamping pengawalan keselamatan yang rapi oleh petugas-petugas program. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun khas untuk meraikan anak-anak yatim & asnaf ini antaranya ialah lawatan ke Menara Berkembar KLCC, Petrosains dan Aquaria. Selain itu mereka juga terlibat dalam acara Riadhah, ‘Treasure Hunt’ dan ‘3 Party Games’.

Secara keseluruhannya, program ini telah dikendalikan secara bersama oleh  AJKK Hal Ehwal Muslimat MSUA, AJKK Silaturrahim & Kebajikan MSUA, AJKK Dakwah & Imarah MSUA dan dibantu oleh sukarelawan muda iaitu Kumpulan Al-Sirath serta Briged Muda MSUA. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan makan tengah hari bersama-sama warga pentadbiran masjid serta ahli kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kariah MSUA, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abd Aziz Abd Rahman dan Pengerusi JKK Hal Ehwal Muslimah, Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Norhainy Omar. Ahli-ahli kariah MSUA yang hadir pada majlis tersebut turut memberikan sumbangan wang ringgit kepada setiap anak-anak yatim & asnaf yang terlibat.

yatim2  yatim3 
 yatim4  yatim5

Disediakan oleh :

Masjid Saidina Umar Al-Khattab,

Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Cetak   Emel