05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Wilayah Persekutuan

 
MHWP1439.1

6 Oktober 2017 | 15 Muharram 1439H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1439H pada 6 Oktober 2017 bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI, YBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs.Encik Adiratno bin Che Ani, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI, serta pengarah-pengarah Bahagian di JAKIM dan ketua-ketua jabatan kerajaan dan NGO di dalam Wilayah Persekutuan.

 

 

Seramai empat (4) individu telah dipilih bagi anugerah khas di samping Anugerah Tokoh Utama Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan pada kali ini. Tokoh Maal Hijrah 1439H telah dianugerahkan kepada YBhg. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad yang merupakan mantan Pengarah JAWI. Empat (4) penerima Anugerah Khas Maal Hijrah ialah  mantan Timbalan Pengarah Operasi KAGAT, Kolonel (B) Rusli Kadir, bekas guru besar, Tuan Haji Abdul Rahman bin  Lamudin, Pengerusi Yayasan Muallaf Berhad, Puan Nabila Shila Lama Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, YBhg. Datuk Awaludin bin Jadid.

 

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki yang mana Tokoh Maal Hijrah 1439H menerima wang tunai RM5,000, buku Irsyad Fatwa sumbangan MAIWP, trofi dan sijil manakala penerima Anugerah Khas masing-masing menerima RM4,000 berserta buku Irsyad Fatwa sumbangan MAIWP, trofi dan sijil penghargaan. Majlis turut diserikan dengan acara persembahan oleh Kumpulan VR Setiaku yang menampilkan kelainan iaitu berkonsepkan dikir barat dengan tajuk Dikir Hijrah.

 

 

MHWP1439.2 MHWP1439.3
MHWP1439.4 MHWP1439.5
 MHWP1439.6  MHWP1439.7
MHWP1439.8 MHWP1439H.9
MHWP1439H.10 MHWP1439.11
MHWP1439.12 MHWP1439.13
MHWP1439.14 MHWP1439.15
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel