05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah (Operasi) Bersama Bahagian Pelajaran

 tpo 1
 

3 Oktober 2017 ( Selasa ) – YBrs. Tuan Haji Yusof Bin Mamat; Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tawakal, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Agama Al Tabrani, Ulu Klang, Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2017 untuk melihat perjalanan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2017 yang bermula pada 2 hingga 5 Oktober 2017.

Tujuan utama lawatan kerja diadakan adalah untuk memantau pengurusan peperiksaan UPSRA yang dilaksanakan bagi calon yang menduduki peperiksaan di wad hospital dan jua calon-calon di Pusat-pusat Peperiksaan SRA. Lawatan ini turut disertai oleh En. Muhamad Zakuwa Bin Rodzali; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran, Penolong Pengarah Kanan (Pentadbiran) serta Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Bahagian Pelajaran. Selain itu YBrs. Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI juga meluangkan masa melawat Bilik Kebal Peperiksaan Zon 4 di SRA Al-Tabrani, Ulu Klang, Kuala Lumpur.

tpo 2   tpo 3
 tpo 4  tpo 5
 tpo 6  tpo 7

 

 

 

 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel