05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ISTIMEWA ASYURA MAHSPKL


Ahad, 1 Oktober 2017 bersama 10 Muharram 1439H - Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur telah menganjurkan program sambutan hari mulia di dalam bulan Muharram iaitu Hari Asyura. 

Bermula jam 9.30 pagi sehinggalah ke jam 3.30 petang lebih, acara menguruskan Bubur Asyura dan Bubur Lambuk diadakan secara bergotong royong. Acara ini diketuai oleh kumpulan HELWA (Hal Ehwal Wanita) dan dibantu oleh sebilangan besar jemaah lelaki dari pelbagai peringkat umur. Bubur-bubur yang telah siap dibungkus diagih-agihkan kepada penduduk Kg. Sg. Penchala khususnya yang berhampiran dengan Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala.

Kemudian pada jam 6.30 petang Majlis Tahlil ringkas dan bacaan doa diadakan sempena Berbuka Puasa Hari Asyura yang dipimpin oleh Imam Muda MAHSPKL iaitu Ustaz Hairul Azim Najmi. Majlis berbuka puasa mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran para jemaah lelaki dan perempuan, begitu juga tajaan makanan yang begitu menyelerakan.

Pada jam 8.00 malam selepas Solat Fardhu Maghrib dianjurkan pula Kuliah Maghrib Khas bertajuk "Fadhilat Hari Asyura" yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Azrul Bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam MAIWPKL.

Program berakhir pada jam 9.30 malam dengan melaksanakan Solat Fardhu Isyak berjemaah. 

AlHamdulillah, program sambutan Hari Asyura ini berjaya diadakan secara bergotong royong dari perbagai sudut terutamanya sudut idea, tenaga dan juga dana kewangan yang dikumpulkan secara keseluruhan dari para jemaah bagi menampung kos perbelanjaan program.

Semoga Allah memberi ganjaran kebaikan yang tiada terhingga kepada semua yang terlibat. Dan semoga Allah memberikan kesepaduan hidup bermasyarakat di Kg. Sg. Penchala ini melalui institusi masjid dan lainnya.

FB IMG 1506995940212 FB IMG 1506995933519
FB IMG 1506995956077 FB IMG 1506995964792
FB IMG 1506995971814 FB IMG 1506996011661


Disediakan oleh:
PENTADBIRAN MAHSPKL
Kg. Sg. Penchala KL


Cetak   Emel