05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Lancar Proses 4P

 1

28 September 2017 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini telah melancarkan proses 4P iaitu Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan dan akan dilaksanakan mulai 2 Oktober 2017 (Isnin).

Proses 4P ini memberi peluang kepada mana-mana pasangan yang telah berkahwin atau berpoligami tetapi tidak mematuhi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) untuk membuat pendaftaran perkahwinan mereka di jabatan ini.

Sehubungan itu, mana-mana pasangan yang menepati syarat ditetapkan hendaklah membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di JAWI sebelum urusan selanjutnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Syarat-syarat permohonan 4P adalah seperti berikut:

a) Pemohon bermastautin di Wilayah – Wilayah Persekutuan semasa perkahwinan dijalankan.

b) Perkahwinan yang belum didaftarkan dimana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia.

c) Perkahwinan yang berlaku selepas 28 Jun 1984 iaitu selepas tarikh kuatkuasa Akta Undang – undang Keluarga Islam (Wilayah - Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

d) Perkahwinan berlawanan dengan Akta Undang – Undang Keluarga Islam (Wilayah - Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) seperti:

i. Perkahwinan tanpa kebenaran mana – mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

ii. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah

iii. Perkahwinan yang berlaku di Luar Negara dan tidak didaftarkan selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan.

Semoga dengan pelaksanaan 4P di Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) ini, semua urusan pendaftaran perkahwinan yang berlawanan dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) akan dapat didaftar dengan cepat dan mudah.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel