05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Urus 1200 Jemputan Ke Majlis Bacaan Yasin , Doa Akhir/ Awal Tahun Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017M

 
YasinMh1439H1

 

27 September 2017 | 6 Muharram 1438H– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah turut sama memberi sumbangan dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin , Doa Akhir/ Awal Tahun Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017M bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur pada 21 September 2017 bersamaan 30 Muharram 1438H (Khamis).

 

Tugasan selaku Jawatankuasa Jemputan Khas yang diamanahkan telah berjaya digalas dengan baik bermula dengan sambutan rombongan tersebut di pekarangan pintu masuk Masjid Wilayah Persekutuan disusuli dengan sesi pengagihan makanan dan seterusnya membawa rombongan ke Dewan Solat Utama bagi menjayakan majlis ini.

Sebanyak 10 buah bas telah digunakan bagi membawa rombongan seramai 400 orang yang terdiri daripada pusat-pusat tahfiz dan institusi pengajian sekitar Lembah Klang manakala 800 orang merupakan jemputan dari empat (4) agensi keselamatan dan penguatkuasa iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mana setiap agensi menghantar seramai 200 orang peserta menjadikan jumlah keseluruhan jemputan khas seramai 1200 orang.

 

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada jam 7.30 malam itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir bin Haji Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), YBhg.Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha dan beberapa kenamaan lain.

Majlis yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Muhammad, itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1438 Hijrah dan doa awal tahun 1439 Hijrah, sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan Yasin, doa selamat dan solat Isyak berjemaah.

Majlis ini telah menyaksikan kira-kira 2,000 umat Islam turut serta menghadiri majlis tersebut. Majlis bersurai pada jam 9.00 malam.

 

YasinMH1439H2 YasinMH1439H3
 YasinMh1439H4  YasinMh1439H5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel