05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ziarah Dakwah Ke Wad Ophthalmology (Wad Mata) HKL

 
ZiarahWadMata1

27 September 2017 | 6 Muharram 1439H– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwahke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 26 September 2017.

Ziarah pada kali ini diketuai oleh Ustazah Hasyidah binti Mohd. Noor, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah menjengah ke Wad 17 Ophthalmology (Wad Mata) HKL dan telah menziarahi 40 orang pesakit di wad tersebut.

Objektif program Ziarah Dakwah bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pesakit-pesakit dari aspek fizikal, mental dan kerohanian di samping melaksanakan tuntuta ndakwah bil hal dengan menzahirkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pesakit-pesakit yang terlibat.

Diharapkan program ini dapat memberi impak yang positif kepada para pesakit sekaligus membuktikan keprihatinan JAWI terhadap golongan yang memerlukan. 

 

ZiarahWadMata2 ZiarahWadMata3

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel