05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Jejak Pesara Ziarah Mantan Ketua Bahagian Penyelidikan JAWI

 
JPZainul1

25 September 2017 I 4 Muharram 1439H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam meneruskan program Jejak Pesara untuk menziarahi dan memberi sokongan kepada pesara JAWI.  Program Jejak Pesara pada kali ini berkunjung ke kediaman Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor yang telah bersara pada 10 Ogos 2017 yang lalu. Program ini telah diadakan pada 21 September 2017 di kediaman beliau di Sg. Buloh, Selangor.

Program Jejak Pesara pada kali ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Zamir bin Bahall , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah serta pegawai dan kakitangan JAWI meneruskan usaha menziarahi Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor yang merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAWI  dan kini beliau menghadapi masalah kesihatan.

Mudah-mudahan kunjungan ini menghadirkan keceriaan dan semoga beliau dikurniakan kesembuhan. 

 

JPZainul4 JPZainul5
JPZainul2 JPZainul3
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel