05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Tolong Jangan Sampai Mereka Merempat Lapar!

LO1

 

21 September 2017 (Khamis) Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah menjalinkan kerjasama dengan Akademi Pengajian Islam daripada dua buah Institut Pengajian Tinggi Awam tempatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak dan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur dalam menganjurkan program bantuan makanan percuma khusus untuk pelajar / siswa-siswi yang dikenalpasti berlatar belakangkan keluarga miskin, mempunyai masalah perbelanjaan kewangan serta tergolong dalam kategori Asnaf.

 

 

Dua buah program telah pun dilancarkan secara berasingan iaitu “Student Kitchen Project” khusus untuk pelajar-pelajar di UIA, Gombak dan Program “Happy Lunch For Needy”  khusus untuk pelajar-pelajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pihak masjid yang diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abd Aziz Abd Rahman selaku Pengerusi MSUA Bukit Damansara telah bersepakat dengan pihak APIIUM & APIUM untuk menaja 100 bungkus makanan secara berterusan dengan kadar 2 kali seminggu bagi setiap semester bermula 21 September 2017 sehingga tahun 2018 akan datang. Ianya melibatkan hampir 500 orang pelajar daripada kedua-dua buah universiti ini yang telah dikenalpasti tergolong dalam kategori Asnaf dan kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk perbelanjaan seharian di kampus masing-masing.

 

 

Pelbagai menu makanan yang menarik disajikan antaranya ialah Nasi Ayam, Nasi Putih Berlaukkan Ayam Masak Pedas, Gulai lemak Ikan Tongkol, Ikan Kembung ‘Sweet Sour’, Sayur Goreng dan Ulam-ulaman. Rata-rata pelajar yang terlibat menyatakan rasa kesyukuran yang tidak terhingga dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara yang telah menyumbang untuk perlaksanaan program ini.

 

 

 LO2 LO3 
 LO4  L05
 LO6  LO7

 

 

Disediakan oleh :

Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab (MSUA),

Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Cetak   Emel