05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ma’al Hijrah Bersama Tokoh Pendakwah Antarabangsa

POSTER HIJRAH

21 September 2017M/ 1 Muharram 1438H (Jumaat)– Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ceramah Khas sempena meraikan Ma’al Hijrah 1439H bersama tokoh pendakwah antarabangsa iaitu Y.Bhg. Brother Shah Kirit Kakulal Govindji.

 

 

Program dimulakan dengan baca tahlil dan doa selamat serta bacaan doa akhir tahun pada jam 6.45 petang. Setelah solat Maghrib didirikan, majlis diteruskan dengan bacaan Doa Awal Tahun dan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Pengasas Global Unity Network iaitu Brother Shah Kirit. Beliau merupakan penceramah yang tidak asing lagi di persada antarabangsa dan Malaysia kerana kepakaran dan keilmuan beliau yang tinggi dalam ilmu perbandingan agama.

 

 

Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan betapa perlunya perubahan atau hijrah bermula dari dalam diri sendiri sekiranya mahu penghijrahan yang lebih besar dengan merubah cara berfikir dan semua tindak tanduk seharian. Keesokan paginya, program diteruskan dengan Kuliah Subuh Perdana yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ust. Hj. Firdaus Hj. Subhi berakhir dengan jamuan pada jam 7.30 pagi dan dihadiri oleh lebih 350 orang jemaah setempat.

 

 

HIJRAHMJTAAS3 HIJRAHMJTAAS1 
 HIJRAHMJTAAS2  HIJRAHMJTAAS4
 HIJRAHMJTAAS5  HIJRAHMJTAAS6

 

 

Disediakan oleh :

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS),

Kampung Sungai Penchala,

Kuala Lumpur.

                                                                             


Cetak   Emel