05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Bicara Santai Maal Hijrah 1439 MAHSPKL

HIJRAHMAHSP6

21 September 2017 / 1 Muharram 1439H, Khamis – Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur (MAHSPKL) telah menganjurkan program Malam Sambutan Tahun Baru Hijrah 1439. Program dimulakan dengan acara Bacaan Doa Akhir Tahun 1438 Hijrah, Majlis Berbuka Puasa dan Acara Bacaan Doa Awal Tahun 1439 Hijrah selepas solat fardhu Maghrib.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan Forum Bicara Santai Ma’al Hijrah 1439 bersama Dr. Haji Mohd Farid Ravi, Saudara Mohd Ali Bin Ismail (Ali Terrarossa @ XPDC) dan dikemudikan oleh Moderator pilihan yang tidak asing lagi iaitu Che’gu Mahadi Mohd Isma’ely.

Forum ini diadakan secara santai supaya mendapat penerimaan yang efektif dari segenap peringkat umur terutama golongan remaja, pemuda pemudi dan golongan dewasa. AlHamdulillah program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 360 orang ahli kariah Kg. Sg. Penchala dan sekitarnya.

Objektif forum ini diadakan bersama panel-panel dan moderator undangan ialah agar jemaah dapat menghayati hakikat sebenar hijrah yang disepatutnya dilakukan pada masa kini iaitu sentiasa berusaha memperbaiki diri dan ahli keluarga ke arah meraih redha Allah S.W.T sementara diberi kesempatan hidup di dunia ini. Dengan itu, kehidupan akan lebih baik, harmoni, dan bersatu padu.

Kemuncak program, diadakan penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1438 yang dianugerahkan kepada Tuan Haji Mamat Noor Said yang merupakan Ahli Kariah Sg. Penchala. Penganugerahan ini sebagai menghargai penglibatan beliau yang istiqamah di dalam setiap aktiviti dan majlis yang dianjurkan di Masjid Al-Hidayah dari tenaga dan juga dana kewangan termasuk juga nasihat-nasihat dalam memperbaiki pengurusan dan sebagainya.

Kemudian dari itu, disampaikan pula Sekalung Penghargaan “Jasa Mu Dikenang” Kepada Mantan Timbalan Ketua Imam Masjid Al-Hidayah iaitu Ustaz Ahmad Fairos Bin Awang yang telah menaburkan khidmat bakti, berkhidmat di Masjid Al-Hidayah selama 6 Tahun (2010 – 2016). Dan beliau kini sedang berkhidmat sebagai Ketua Imam Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kg. Sg. Penchala.

Program berakhir pada jam 10.10 malam dengan menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah dan jamuan makan yang ditaja oleh ABS Catering yang dimiliki oleh En. Muhd Kamal Bin Zainuddin dari Taman Jasa, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

HIJRAHMAHSP1 HIJRAHMAHSP2
HIJRAHMAHSP3 HIJRAHMAHSP4
HIJRAHMAHSP5 HIJRAHMAHSP7

Disediakan oleh :

Pentadbiran,

Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala,

Kuala Lumpur.


Cetak   Emel