05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Sampaikan Ilmu Urus Jenazah kepada Pelajar SK Kementah

 
KPJSKKementah1

 

21 September 2017 | 30 Zulhijjah 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Sek. Keb. Kementah, Kuala Lumpur pada 20 September 2017 (Rabu). Kursus satu (1) hari tersebut telah melibatkan pelajar-pelajar tahun lima dan enam sekolah berkenaan. Kursus yang merangkumi aspek teori dan praktikal disampaikan oleh Us. Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi bagi peserta lelaki manakala Ustazah Ruzeeta binti Saad dan Ustazah Salasia binti Isdal bagi pelajar perempuan.

Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar kakitangan serta pelajar-pelajar Sek. Keb. Kementah yang terlibat dapat memanfaat serta menyebarkan ilmu pengurusan jenazah yang telah dipelajari sekaligus dapat menimbulkan kesedaran sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

KPJSKKementah2 KPJSKKementah3
KPJSKKementah4 KPJSKKementah5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel