05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

“Hijrah: Ke Mana Arah Kita??”

HIJRAHMASUA1

18 SEPTEMBER 2017 – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah mengadakan majlis Forum Sempena Ma’al Hijrah 1439H - “Hijrah : Ke Mana Arah Kita?” yang disampaikan oleh 2 orang ahli panel terkenal iaitu Y.Bhg. Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi & Y.Bhg. Ustaz Elyas Ismail. Majlis yang berlangsung selama 2 jam ini disulami dengan lontaran-lontaran soalan yang bernas oleh Y.Bhg. Ahmad Fedtri Yahya selaku moderator forum.

Secara keseluruhannya hujah-hujah yang diutarakan oleh ahli panel telah berjaya merungkai persoalan tentang bagaimana sejarah peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W menjadi “modul latihan” untuk menjana ke arah transformasi diri, keluarga dan masyarakat bagi memastikan agenda Islam itu sebagai cara hidup dalam semua aspek kehidupan walaupun ianya sekecil-kecil perkara yang biasa kita lakukan seharian.

Kehadiran tetamu telah direkodkan seramai 300 orang terdiri daripada VVIP serta orang awam. Majlis diakhiri jamuan makan malam dan penyampaian saguhati untuk moderator & ahli panel forum oleh Pengerusi MSUA Bukit Damansara, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abd Aziz Abd Rahman serta barisan Ahli Jawatankuasa MSUA yang lain.

Sekian.

HIJRAHMASUA2

HIJRAHMASUA3
HIJRAHMASUA4 HIJRAHMASUA5
HIJRAHMASUA6 HIJRAHMASUA7

Disediakan oleh:

Pentadbiran,

Masjid Saidina Umar Al-Khattab,

Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Cetak   Emel