05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengurusan Jenazah Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Lakar Sejarah Tersendiri

 
DQI1

16 September 2017 I 26 Zulhijjah 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengetuai kumpulan pengurusan jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menguruskan jenazah-jenazah terbabit.

Agensi-agensi yang turut serta ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kor Agama Angkatan Tentra (KAGAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Untuk makluman, pasukan pengurusan jenazah kali ini juga turut melakar sejarah tersendiri apabila 23 jenazah berjaya diuruskan dalam masa tiga jam 15 minit dan purata masa untuk menguruskan seorang jenazah hanya mengambil masa lebih kurang 8 minit sahaja. Pencapaian ini dapat dicapai hasil kerjasama berpasukan serta sokongan padu oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan yang membantu melicinkan lagi urusan pengurusan jenazah tersebut.

Secara keseluruhanya, semua mangsa yang dikebumikan di sekitar Lembah Klang termasuk di Seremban, Negeri Sembilan selamat dikebumikan sebelum jam 10.00 malam. Manakala jenazah yang dikebumikan di Pengkalan Kubor, Kelantan selamat disemadikan lebih kurang jam 3.00 pagi. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT.

Pihak JAWI juga mendoakan agar seluruh anggota keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian Allah SWT ini. Semoga roh para pelajar dan warden yang terkorban ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Salam takziah dan Al-Fatihah.

 

DQI2 DQI3
DQI4 DQI5
 DQI6  DQI7

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel