05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Teruskan Misi Menjejaki Pesara

 
JejakNormah1

14 September 2017 I 22 Zulhijjah 1438H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam meneruskan program jejak dan memberi sokongan kepada pesara JAWI.  Program Jejak Pesara pada kali ini telah berjaya menjejaki Puan Normah binti Hussein yang telah bersara pada tahun 2007. Program ini telah diadakan pada 13 September 2017 di kediaman beliau di Kampung Melayu, Ampang, Selangor. 

Seramai 15 orang pegawai JAWI yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi oleh Ustazah Salasia binti Isdal, Penolong Pengarah Unit Kebajikan Islam meneruskan usaha menziarahi dan menyantuni pesara sebagai tanda penghargaan dan merapatkan lagi ukhuwah antara generasi lama dan baharu di JAWI.

Semoga usaha murni menjejaki bekas penjawat awam yang bersara di JAWI ini, menjadi jambatan yang boleh menghubungkan antara Jabatan dengan pesara. Melalui usaha ini juga diharapkan semua penjawat awam yang telah bersara di JAWI tidak merasa terpinggir dan tersisih daripada rakan-rakan yang masih berkhidmat di jabatan ini.

 

JejakNormah2 Jejak Normah3
JejakNormah4 JejakNormah5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel