05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

program Seminar Keluarga Islam: Ilaj Wa Syifa': "Ancaman Sihir Dalam Keharmonian Keluarga

6 September 2017, program Seminar Keluarga Islam: Ilaj Wa Syifa': "Ancaman Sihir Dalam Keharmonian Keluarga" anjuran bersama Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan Masjid Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan. Program ini disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Tuan Haji Yusof Bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang mewakili Pengarah JAWI. Turut sama program ini adalah Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, YBhg. Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, KPPK BPPK dan YBhg. Ustazah Sharidah Bin Zainal Abidin, KPP BPPK. Penceramah jemputan seminar ini adalah YBhg. Ustaz Abdul Halim Bin Zakaria, Penceramah Bebas & Pengamal Perubatan Islam. Beliau telah menyampaikan dua slot ceramah bertajuk Bahaya Sihir Dalam Institusi Keluarga dan Pendekatan Ilaj Wa Syifa' Untuk Kesejahteraan Keluarga. Perserta program adalah terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan dan agensi serta orang perseorangan (ahli jemaah Masjid Wilayah Persekutuan) dengan kehadiran melebihi 100 orang peserta sebagaimana yg disasarkan. Antara objektif penganjuran program ini adalah sebagaimana berikut:
a. Mendidik masyarakat ke arah menjadikan al-Quran dan Sunah sebagai medium dalam pembangunan kekeluargaan.
b. Mendidik masyarakat supaya prihatin terhadap pengaruh kurafat yang merosakan akidah
c. Menjelaskan kepentingan Ilaj Wa Syifa' bagi kesejahteraan keluarga.

   
 

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Cetak   Emel