05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Ziarah Hospital Putrajaya Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-60

 
ZiarahHosPutrajaya1

8 September 2017 | 17 Zulhijjah 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Program Kunjung Hormat dan Ziarah ke Hospital Putrajaya Bersempena Sambutan Kemerdekaan ke-60 pada 7hb September 2017 (Khamis) yang lalu. Program Kunjung Hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI bersama Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian-Bahagian di JAWI termasuk Pemangku Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustaz Mohd Zamir bin Bahall dan disambut oleh Puan Hajjah Noorhayati binti Hj. Amin, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Putrajaya dan Encik Azlan Chan bin Abdullah selaku Pegawai Perhubungan Awam Hospital Putrajaya. Di samping mendengar taklimat ringkas berkaitan pengoperasian Hospital Putrajaya oleh Puan Hajjah Noorhayati binti Hj. Amin, rombongan 25 orang peserta dari JAWI turut meluangkan masa menziarahi pesakit-pesakit dan mengedarkan goodies bag di Wad 3A dan 3B Hospital Putrajaya.

 

Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar program kunjung hormat dan ziarah ini dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama dua hala di antara JAWI dan Hospital Putrajaya di samping dapat memberikan semangat dan dorongan kepada para pesakit yang terlibat. JAWI juga mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak termasuk pihak-pihak swasta dan NGO untuk tampil serta turut serta menyumbang dari segi tenaga mahupun material. 

ZiarahHosPutrajaya4 ZiarahHosPutrajaya5
 ZiarahHosPutrajaya6  ZiarahHosPutrajaya9

 


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel