05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Meningkatkan Kualiti Pendidikan Melalui Pengurusan Pusat Sumber Yang Berkesan

 lawatan 1
 

08 Sept 2017 / 17 Zulhijjah 1438H-Bahagian Pelajaran telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di Bandar Seri Permaisuri  dan Pusat Sumber Sekolah di Sekolah Kebangsaan Cochrane, Jalan Syahbandar pada 7 September 2017. Seramai 20 orang peserta terdiri dari Pegawai, Penolong Pegawai Bhg Pelajaran serta guru-guru SRA dan SIRAJ telah mengikuti lawatan tersebut yang diketuai oleh Ustazah Nor Asiah Binti Harun, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI

Tujuan lawatan ini untuk mendapatkan maklumat  berkaitan pengurusan Pusat Sumber di sekolah yang menjadi medium utama ke arah kemenjadian murid. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Arinawati binti Mohd Yassin, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan. Pada sesi petang satu lawatan telah diadakan di SK Cochrane Jalan Syahbandar untuk melihat contoh pengurusan Pusat Sumber yang berkesan.

Diharap para peserta dapat memperolehi maklumat dan ilmu berkenaan pengurusan Pusat  Sumber Sekolah mengaplikasikan Pusat Sumber Sekolah sebagai sumber kejayaan sekolah masing-masing.

lawatan 2   lawatan 3
 lawatan 4  lawatan 5
 lawatan 6  lawatan 7
 

Disediakan

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan

Cetak   Emel