05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Micro Teaching Pelajaran Sirah dan Pencerapan PdP Guru Zon 4

 sirahz41
 

0 7 Sept 2017M / 16 Zulhijjah 1438H – Bahagian Pelajaran dengan kerjasama Pusat Penyelaras Pendidikan Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Micro Teaching & Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pelajaran Sirah pada 06 Sept 2017Mdi Bilik Seminar Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan motivasi dan berkongsi kaedah PdP yang berkesan dengan penggunaan bahan bantu pengajaran guru-guru di SRA/SIRAJ dan KAFA JAWI mengaplikasikan  bahan maujud atau multimedia. Disamping itu, bengkel ini juga memberi pendedahan cara penilaian pencerapan guru mengajar berdasarkan Standard Kualiti Pengurusan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SKPPJ).

Seramai 60 orang peserta telah terlibat menjayakan kursus ini yang terdiri daripada guru-guru SRA/SIRAJ dan KAFA Zon 4. Para peserta dibimbing oleh YBhg. Us. Mohd. Ismadi bin Aris, Guru Besar SRA/SIRAJ Al-Alusi Kg. Datuk Keramat Kuala Lumpur dan diselia oleh Us. Salbiyah binti Sulaiman, Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon 4.

Perasmian penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Us Kherul Anwar bin Othman, Penolong Pegawai Unit Penaziran JAWI. Beliau turut menyampaikan hadiah penghargaan kepada peserta Micro Teaching Terbaik dari SRA Al-Jam'iyyah manakala Pembentang Terbaik peserta dari SRA Mus'ab Ibn Umair. 

 sirahz42  sirahz43
 sirahz44  sirahz45
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel