05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Tadika Islam An Nikmah, Phonm Penh Kemboja

 kmbj 1
 

7 September 2017, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pelajaran telah menghadiri perasmian Tadika Islam An Nikmah di Phonm Penh Kemboja. Perasmian Tadika Islam An Nikmah pada 3 September 2017 bersamaan 12 Zulhijjah 1438 H  disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Deligasi daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah Jawi dan di iringi oleh Tuan Haji Yusof Bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI serta Encik Muhamad Zakuwa Bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran.

Perasmian Tadika Islam An Nikmah ini merupakan kemuncak pengoperasian Tadika Islam di Kemboja yang dipelopori oleh Bahagian Pelajaran JAWI dengan Kerjasama Unit Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Semoga asas kefahaman Islam di Negara Kemboja dapat berkembang subur dengan adanya Tadika Islam An Nikmah ini.

 kmbj 2  kmbj 3
 kmbj 4  kmbj 5
 

Disediakan oleh :

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel