05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Mahabbah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)

29 Ogos 2017 | 07 Zulhijjah 1438H- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penyelidikan telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Objektif lawatan kerja tersebut adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat berkaitan skop kerja penyelidikan terutamanya penapisan media serta pelupusan Al-Quran bagi memperkasakan gerak kerja seharian.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Haji Yusof bin Mamat dan diteruskan lagi dengan taklimat ringkas oleh Cik Nor Diyana bt Mohamed Rais, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JAWI. Delegasi JAINJ ini hadir seramai 13 orang diketuai oleh Dr. Haji Mohd Azman bin Mohsin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Seterusnya, delegasi JAINJ dan JAWI bergerak ke Darul Kalam bagi melihat proses kerja pelupusan Al-Quran yang dijalankan di Wilayah Persekutuan. Taklimat telah disampaikan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan JAWI.

Moga dengan kunjungan ini akan dapat mempertingkatkan jalinan kerjasama antara JAWI dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di masa-masa akan datang.

 

JAINJ 1 JAINJ 2  JAINJ 3
 JAINJ 4  JAINJ 5  JAINJ 6

 


Cetak   Emel