05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengarah JAWI Turun Padang Santuni Asnaf dan Gelandangan

 
PengarahKMA1M1

 

 

27 Julai 2017 I 3 Zulqa’idah 1438H (Khamis) -  Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh telah membuat tinjauan pelaksanaan operasi di Kedai Makan Asnaf 1Malaysia (KMA1M) yang beroperasi di Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Tinjauan tersebut diadakan bagi memantau aktiviti pemberian makanan, keadaan premis sekaligus menyantuni golongan asnaf dan gelandangan.

 

Untuk rekod, program yang telah memasuki tahun keempat perlaksanaan telah bermula pada 1 Januari 2013 setelah melihat situasi golongan asnaf yang memerlukan pembangunan sahsiah diri. Objektif program ini adalah bagi membangunkan sahsiah golongan asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pengisian rohani dan makan tengahari percuma.

 

Konsep pelaksanaan program ini seperti berikut:

i. Kelas pengajian secara santai dan sukarela.

 ii. Khidmat nasihat individu dan berkumpulan secara tidak langsung oleh tenaga pengajar dan urusetia     JAWI.

 iii. Hidangan makan tengahari secara percuma kepada pengunjung daripada kalangan asnaf.

Premis ini memulakan operasi  pada jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang selama tujuh (7) hari seminggu. Selain menyajikan makanan , pengunjung premis ini yang terdiri daripada golongan asnaf dan gelandangan turut disajikan dengan makanan rohani melalui kelas pengajian Islam yang diadakan pada hari Isnin, Rabu dan Khamis dengan topik yang menyentuh isu solat dan bacaan al-Quran, fardhu ain, penyucian hati dan motivasi.

 

Program ini dipantau secara harian oleh kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Program dan aktiviti sampingan juga diadakan seperti Program Pendidikan HIV, Bengkel TOT Sukarelawan Sosial Islam, agihan pakaian dan barangan terpakai, ziarah daripada agensi-agensi luar dan sebagainya.

JAWI berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang supaya dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan sekaligus menjalankan misi dakwah bil hal kepada golongan ini.

 

 

PengarahKMA1M2 PengarahKMA1M3
 PengarahKMA1M4  PengarahKMA1M5
PengarahKMA1M6 PengarahKMA1M7

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

 

 


Cetak   Emel