05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Eskatologi Islam Siri Ke-14 (Akhir): Al-Kahf Sebagai Surah Eskatologi Dunia Semasa dan Langkah Ke Hadapan

 
KEI141

 

29 Ogos 2017  | 7 Zulhijjah 1438H – JAWI melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya menjalankan Kursus Eskatologi Islam (Akhir Zaman) Siri 14/2017 yang merupakan siri terakhir bagi tahun ini. Kerjasama strategik antara JAWI dan East West International College (EWIC) ini dijalankan pada 27 Ogos 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Ia dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

 

Kuliah bertajuk "Al-Kahf Sebagai Surah Eskatologi Dunia Semasa dan Langkah Ke Hadapan" menampilkan Al-Fadhil Ustaz Hasbullah Hithayatullah, seorang ulama’ muda eskatologi Islam.

 

Majlis penutup bagi kesemua siri kursus ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi JAWI sekaligus menyampaikan sijil kepada para peserta. Kursus ini turut dihadiri oleh peserta dari pelbagai negara termasuk Perancis dan New Zealand.

Turut hadir ialah Ustaz Nik Muhd Marzuki bin Hj. Muhd Nor, Penolong Pengarah Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI serta  Encik Muhammad mewakili EWIC. Kursus telah berjalan lancar, bermula daripada 8 malam, dan berakhir dengan sesi ramah mesra dan jamuan pada 11 malam.

 

 

KEI142 KEI143
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel