05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Saudara Baru Hayati Erti Ibadat Korban

 
DiskusiMuallaf1

 

25 Ogos 2017 | 3 Zulhijjah 1438H- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menjalankan Program Diskusi Ilmiah Sempena Sambutan Aidil Adha 1438H  bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Sentul. Diskusi ilmiah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI.

 

Panel diskusi terdiri daripada YBhg. Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (UPM), YBrs. Tuan Haji Mohd Farhan Abdullah (Pengasas Pusat Tahfiz Al-Quran Wal Hadis), YBrs. Encik Muhamad Zamri Vinoth bin Kalimuthu (Penasihat Akidah Negeri Sembilan) dan Al-Fadhil Ustaz Nabil bin Ahmad (Pegawai Bahagian Dakwah JAKIM dan Selebriti TV) selaku moderator di mana diskusiini  mengupas tajuk ‘Ibadat Korban: Pengertian dan Penghayatan.’

 

Seramai 350 orang telah menghadiri diskusi ini. Tujuan utama penganjuran diskusi ini adalah sebagai pengenalan asas ibadat korban kepada muallaf, membezakan antara ibadat dan adat dan juga  pendedahan fadhilat bulan Zulhijjah. 

 

DiskusiMuallaf2 DiskusiMuallaf3
 DiskusiMuallaf4  DiskusiMuallaf5

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel