05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Dekati Komuniti Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak

 
DesaRejang1

 

 

 

21 Ogos 2017 | 28 Zulkaedah 1438H- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya telah melaksanakan Program Remaja Dan Ziarah Silaturrahim Komuniti Di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi sehingga 11.00 malam.

 

Terdahulu, majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI dan YBrs. Encik Mohd Noor bin Md. Tahir, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang.

 

Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai satu usaha dakwah mendekati masyarakat dengan lebih berhikmah dan bijaksana melalui pendekatan turun ke lapangan. Antara pengisiannya ialah Program Motivasi dan Kefahaman Islam kepada Remaja berumur antara 9-18 tahun bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 4.00 petang bertempat di Surau Muhajirin Perumahan Awam Desa Rejang. Selain itu, Program Ziarah dari rumah ke rumah yang telah mengambil masa kira-kira satu jam setengah bagi menyampaikan sumbangan barang keperluan asas dan edaran bahan dakwah. Seramai 50 buah rumah telah terpilih menyertai program ini. Program diakhiri dengan Ceramah Perdana yang berjudul ’Silaturrahim Asas Kekuatan Ummah’ yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil  Ustaz Amran bin Md. Yusof (Ustaz Amran Bollywood)  dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Melalui program ini Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar masyarakat dapat bersama-sama merasai tanggungjawab bagi melaksana tuntutan Islam dan kemasyarakatan secara menyeluruh termasuk menyantuni golongan remaja. 

 

 

DesaRejang2 DesaRejang3
 DesaRejang4  DesaRejang5
DesaRejang6 DesaRejang7

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel