05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam KSRA Guru-Guru SRA JAWI

 kbat 1
 

25 Ogos 2017M / 03 Zulhijjah 1438H –Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuantelah mengadakan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam KSRA  pada 22-23 Ogos 2017 diDewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Sultan Abdul Halim,  Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri oleh 1 orang Pegawai, 1 orang Penolong Pegawai, 1 orang Pembantu Tadbir dan 30 orang guru dari Sekolah  Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada guru-guru SRA JAWI  tentang KBAT dan bagaimana KBAT boleh diaplikasikan di dalam PdPC di SRA. Kursus ini disampaikan oleh Pensyarah-pensyarah dari IPG Ilmu Khas Cheras yang diketuai oleh Ustaz Muaaz bin Muhammad.

Kursus seperti ini penting dan harus diadakan lagi pada masa akan datang kerana ianya dapat  memberikan percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan kepada guru-guru dalam mendidik anak-anak murid  di abad yang ke 21 ini, di samping dapat melahirkan anak-anak didik yang berkualiti, cemerlang dan terbilang di dunia dan di akhirat.

 kbat 2  kbat 3
 kbat 4  kbat 5
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel