05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 Siri 1/2017

1

21 Ogos 2017 / 28 Zulkaedah 1438H (Isnin)– Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 1/2017 bertempat di Dewan Jejantas Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh 51 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Wilayah Persekutuan, kakitangan BPPK dan juga pegawai-pegawai di bahagian-bahagian Jawi.

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 bagi Siri 1/2017 ini telah disampaikan oleh YA Prof. Adjung Dato’ Dr. Na’im bin Mokhtar, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Kelas pada siri pertama tahun 2017 ini memfokuskan kepada seksyen 38,39,40,41,42,43,44 dan 45 Akta 303. Kelas pada siri ini membincangkan tentang penalti dan pelabagai peruntukan berhubungan dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan. YA Dato’ Dr juga menerangkan Bahagian V dalam Akta 303 tentang pembubaran perkahwinan yang mempunyai kesan kepada pindaan AKta 164. YAA Dato’ Dr. juga menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

Kelas ini memberi banyak ilmu manfaat dan kefahaman dari sudut peruntukan undang-undang, cara membaca buku akta helaian demi helaian dan tafsiran setiap peruntukan seksyen yang membawa maksud dan tafsiran yang berbeza-beza.

2 3

4
 5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel