05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Simposium Pemikiran Ummah 2017

22 Ogos 2017 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan Simposium Pemikiran Ummah 2017 peringkat Wilayah Persekutuan pada 22 Ogos 2017 (Selasa) bertempat di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL (IDB), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian simposium dan pelancaran kempen "Keganasan Tidak Beragama" telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan disaksikan oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

Program ini dihadiri lebih dari 700 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI, DBKL, agensi-agensi kerajaan serta NGO-NGO di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Slot pertama program simposium ini telah disampaikan oleh dua orang panel iaitu, Dr. Mohd Zaidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM dan Tuan Haji Abdullah Jalil, Pensyarah Kanan USIM yang membicarakan topik "Ideologi Liberal, Literal & Ekstrimisme Agama". Slot kedua yang bertajuk "Perspektif Islam Terhadap Terrorisme & Hubungannya Dengan DAESH Serta Kumpulan Pengganas Takfiri" disampaikan oleh Dato' Ayub Khan bin Mydin Pitchay,Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas IPD Bukit Aman juga bersama Tuan Haji Abdullah Jalil. Turut diadakan pameran daripada PDRM dan JAWI.

Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta bahawa agama Islam bukanlah agama yang menyokong kepada keganasan. Program NBOS ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara JAWI dengan DBKL. 

 
GAMBAR SIMPOSIUM 1 GAMBAR SIMPOSIUM 2 GAMBAR SIMPOSIUM 3
g 6  GAMBAR SIMPOSIUM 5  GAMBAR SIMPOSIUM 6

Cetak   Emel