05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Asah Bakat Pendakwah Remaja

 
KRI1

 

18 Ogos 2017 | 25 Zulkaedah 1438H- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpurtelah menjalankan Kem Remaja Islam selama 3 hari 2 malam pada 15-17 Ogos 2017  bertempat di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Jalan Beserah Off Jalan Kuantan, Kuala Lumpur. Program ini merangkumi ceramah-ceramah berkaitan dengan Akidah, Dakwah Lapangan dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Pendekatan yang telah digunakan bagi program ini diaplikasikan dari Modul Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

 

Program Kem Motivasi Remaja yang mensasarkan penyertaan remaja adalah program  yang dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membentuk remaja yang mempunyai sahsiah dan peribadi mulia. Justeru itu, JAWI dan MAIWP dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO Islam mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini agar dapat mendekati golongan remaja/belia dan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial yang semakin hari semakin menghimpit mereka.

 

KRI2 KRI3
 KRI4  KRI5
KRI6 KRI7

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel