05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Perjumpaan Khas Bersama Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Luar Negara, Kedutaan Malaysia London

1
22 Ogos 2017M (Selasa) -  Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di bawah Cawangan Nikah Cerai dan Ruju’ telah mengadakan Perjumpaan Khas bersama Ustaz Ruzain Syukur Bin Mansor, Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Luar Negara, Kedutaan Malaysia London bertempat di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Objektif perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk mendapat maklumat dengan lebih dekat dan tepat berkenaan urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam warganegara Malaysia yang berada di Kota Inggeris tersebut, bagi memantapkan urusan perkahwinan perceraian dan ruju’ di sana. Beliau telah diberi taklimat berkenaan Garis Panduan Pelantikan Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Luar Negara dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya disamping perbincangan isu-isu yang berkaitan. Majlis perjumpaan tersebut disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Bahgian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
 2  3

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel