05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PEMURNIAN DRAF SUKATAN HADIS TAHUN 3 SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) DAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA ( SIRAJ )

 draf 4
 

21 OGOS 2017 / 28 ZULKAEDAH 1438H-Bengkel Pemurnian Draf Sukatan Hadis Tahun 3 telah diadakan pada 15-17 Ogos 2017 di bilik Mesyuarat Wawasan Aras 7, Kompleks Pusat Islam..

Bengkel ini telah dihadiri oleh 7 orang panel yang terdiri dari Pegawai Penyelaras Pusat Zon ( PPPZ ), guru-guru SRA dan SIRAJ dengan diketuai oleh Ustazah Nor Asiah binti Harun, Penolong Pengarah Kanan Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum Bahagian Pelajaran JAWI dan dibantu serta dibimbing oleh dua orang fasilitator iaitu Encik Mohd Khafidz bin Soroni, Pensyarah dari Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah KUIS dan Encik Alhuzaee bin Sulaiman dari Sektor Dakwah & Kepimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bengkel ini diadakan bagi memilih hadis-hadis sahih dari  riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid tahun 3 yang mana ianya akan dijadikan Buku Teks Hadis dan akan diguna pakai di  semua Sekolah Islam Rendah Agama JAWI ( SIRAJ ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan. Sebagaimana yang telah ditetapkan, sebanyak 6 Hadis telah dipilih untuk dijadikan sebagai isi pelajaran Hadis Tahun 3.

 
draf 1  draf 3 
 draf 4  draf 6
 draf 5  draf 7
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel