05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penghasilan Bahan Bantu Mengajar(BBM) SRA, SIRAJ Dan KAFA Zon 6

 z6 1
 

21 Ogos 2017- Bahagian Pelajaran melalui Pusat Penyelarasan Pendidikan Zon 6 telah menganjurkan bengkel Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang disertai oleh 42 peserta terdiri daripada guru-guru SRA, SIRAJ dan KAFA pada 18 Ogos 2017 yang bertempat di Sekolah Rendah Agama Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan membina kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan dapat berkongsi idea membina BBM yang berkesan. Dalam sesi pembentangan, para peserta juga didedahkan secara langsung pelbagai kaedah dan pengalaman untuk meningkatkan kualiti PdP di sekolah. Para peserta dibimbing fasilitator Ust. Nor Asiah binti Harun, Penolong Pengarah Kanan Unit Akademik Bahagian Pelajaran JAWI dan diselia oleh Ust. Umai Kelsom binti Ismail ,Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon 6 bersama Guru Besar SRA dan Ketua Guru KAFA Zon 6.

Bagi menghargai kesungguhan oleh guru-guru, pihak zon menyediakan hadiah penghargaan penghasilan BBM terbaik diungguli tempat pertama SRA al-Kindi dan diikuti SRA Abdul Rahman Auf dan SRA Ibnu Sina

 z6 2  z6 3
 z6 4  z6 5
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah

Cetak   Emel