05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Sekolah Dasar Islam Kreatif Makkah, Padang, Indonesia Ke SRA Al-Nawawi,Taman Ibu Kota Kuala Lumpur

 21
 

15 Ogos 2017M / 22 Zulkaedah 1438H –Bahagian Pelajaran telah menerima kunjungan lawatan dari Sekolah Dasar Islam Kreatif Makkah, Padang,  Indonesia ke SRA Al-Nawawi,Taman Ibu Kota Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2017M. Rombongan dari negara jiran itu terdiri dari 8 orang guru-guru beserta seorang pelajar dan seorang waris. Tujuan lawatan adalah untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran di SRA Al Nawawi.  Rombongan delegasi SDI Kreatif Makkah telah disambut oleh barisan pelajar yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang bersama-sama  Ustazah Zarliza bt Ramli Bahagian Pelajaran, dan Tuan Hj Mohd Nor bin Hassan Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon 2 serta  20 orang guru SRA Al -Nawawi.

Delegasi dibawa menyertai perhimpunan mingguan sekolah dan diberi peluang berucap kepada pelajar-pelajar sesi pagi SRA Al Nawawi. Lagu ‘Negaraku’ dan ‘Indonesia Raya’ dimainkan sebagai penghormatan kepada tetamu dari Indonesia tersebut. Kemudian para delegasi  telah dibawa melawat persekitaran dan bilik-bilik khas dan bilik darjah di sekolah tersebut. Antaranya ialah Taman Mini Herba, Bilik Sumber dan bilik-bilik darjah. Delegasi juga sempat melihat pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah  sebelum Majlis Ucapan dan Taklimat. Para delegasi meninggalkan pekarangan SRA Al Nawawi pada jam 11.30 pagi .

22   23
 24  25
 26  27
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel