05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengajaran Micro-Teaching , Membantu Membina Kemahiran Guru-Guru SRA, SIRAJ dan KAFA Zon 4

 41
 

14 Ogos 2017- Bahagian Pelajaran melalui Pusat Penyelarasan Pendidikan Zon 4 telah menganjurkan Kursus Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Arab yang disertai oleh  50 peserta terdiri daripada guru-guru SRA, SIRAJ dan KAFA pada 9 Ogos 2017M yang bertempat di Dewan Masjid Muaz bin Jabal,Setiawangsa Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan membina kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Arab dan dapat berkongsi idea membina BBM, teknik mengajar dan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dalam sesi pembentangan, para peserta juga didedahkan secara langsung Pengajaran Micro- Teaching. Pelbagai kaedah dan pengalaman yang dipelajari untuk meningkatkan kualiti PdP di sekolah. Para peserta dibimbing oleh fasilitator kursus diketuai oleh YBhg. Us. Mohd. Ismadi bin Aris, Guru Besar SRA / SIRAJ Al-Alusi dan diselia Us. Salbiyah binti Sulaiman ,Pegawai Penyelaras Pendidikan Zon 4 bersama Guru Besar SRA Zon 4.

Bagi menghargai kesungguhan oleh guru-guru, pihak zon menyediakan hadiah sebagai penghargaan. Pengajaran Micro – Teaching terbaik diperolehi oleh guru Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (SIRAJ) Al – Alusi. Manakala pembentang terbaik di menangi oleh guru SRA Usamah bin Zaid.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Us. Wan Yusuf bin  Wan Ishak, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Pusat Pentadbiran Zon 4 (Kariah).

42  43 
 44  45
 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel