05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Diskusi Sah Nikah Sah Nasab dan Pelancaran Buku Kompilasi Kes-Kes Runding Cara JAWI

 1

10 Ogos 2017M / 17 Zulkaedah 1438H – Program Diskusi Sah Nikah Sah Nasab dan Pelancaran Buku Kompilasi Kes-Kes Runding Cara JAWI telah diadakan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur anjuran Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Program ini bertujuan memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga nasab dan keturunan untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan membentuk masyarakat yang bertamadun.

Program ini dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk “Seronok Dahulu Sesal Kemudian” yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Norazman bin Amat, Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sesi forum dengan tajuk “Isu-Isu Nikah, Cerai dan Ruju’” pula telah dikendalikan oleh Tuan Mohd Ihsan bin Daud dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan ahli panel bagi mengupas isu tersebut ialah Puan Noor Huda binti Roslan, Ketua Pendaftar Jabatan kehakiman Syariah Negeri Selangor serta Puan Noor Fareena binti Salleh, Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 1100 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta termasuk juga ahli-ahli persatuan di sekitar Kuala Lumpur serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.

Program seperti ini amat diperlukan oleh generasi kini dalam hasrat Jabatan untuk memberi pendedahan kepada umum perihal alam rumahtangga yang kian mencabar di masa akan datang serta memberi gambaran yang jelas terhadap masyarakat akan peri pentingnya menjaga nasab dan keturunan yang baik.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Acara kemuncak bagi program ini adalah pelancaran Buku Kompilasi Kes-Kes Runding Cara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan diiringi oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta YBhg. Haji Yusof bin Mamat.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta. Respon terhadap isu-isu yang dibincangkan juga mendapat sambutan yang baik. Pihak media juga tidak ketinggalan mengadakan liputan dalam program tersebut. Diharapkan perogram seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.

2  3
 4  5
 6  7
 8  9
10  11

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel