05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pra Perkahwinan Siri 1/2017

Prap IMG 6246

6 Ogos 2017M / 13 Zulkaedah 1438H – Kursus Pra Perkahwinan Islam anjuran Pusat Pembangunan Ummah Kontemporari, Pertubuhan Kebajikan Kakitangan Institut Profesional Baitulmal (PERKASA) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diadakan pada 5 hingga 6 Ogos 2017 bertempat di Dewan Kuliah 1, Institut Profesional Baitulmal (IPB), Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur.

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang peka dan prihatin dalam mendalami ilmu rumahtangga serta mengetahui hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan. Kursus ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Junaidi Bin Mohamad. Noor, Ustaz Zakaria Bin Mohamed, Ustazah Aa’isyah Binti Abdul Rahman, Tuan Mohd Ihsan Bin Mohamad Daud, Encik Mohamad Amin Bin Yahya, Ustaz Kahirul Asyraf Bin Ahmad dan Ustazah Marriyani Binti Mohamad.

Kursus seperti ini amat diperlukan oleh generasi kini dalam hasrat Jabatan untuk memberi pendedahan kepada umum perihal alam rumahtangga yang kian mencabar di masa akan datang. Di samping itu, kursus seperti ini perlu diadakan dari semasa ke semasa kerana ianya dapat memberi percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan kepada peserta bagi melahirkan generasi yang berkualiti, berketrampilan serta berdaya saing dalam merealisasikan pembelajaran alam perkahwinan abad ke 21.

Kursus yang telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah JAWI itu, dihadiri seramai 120 orang peserta dikalangan pelajar IPB. Turut hadir bersama YBrs. Tuan Sakaria Semela, Ketua Pegawai Eksekutif, IPB.

Prap IMG 6077 Prap IMG 6017
Prap IMG 6059 Prap IMG 6087
Prap IMG 6158 Prap IMG 6128
Prap IMG 6201 Prap IMG 6222

More pictures click ---> https://www.flickr.com/photos/myjawikl/albums/72157684776777183

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Komunikasi Korporat


Cetak   Emel