05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Kreativiti Guru Dalam Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Arab

 l 1
 

28 Julai 2017, Sekolah Rendah Agama ZON 2 telah menganjurkan Kreativiti Guru Dalam Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bahasa Arab dan Kaedah Pelaksanaannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bertempat di Bilik Multimedia SRA Al Nawawi Taman Ibu Kota, Gombak, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2017M/ 1 Zulkaedah 1438H. Program ini telah dihadiri seramai 44 orang peserta terdiri daripada Guru Mata Pelajaran Bahasa Arab  Tahun 4 hingga tahun 6. Pengisian program ini seperti berikut:

   -Membina Papan Selit bagi setiap sekolah.

   -Membuat Kad Imbasan mengikut tajuk yang telah diagihkan.

   -Membuat BBM dalam bentuk Power Point mengikut tajuk yang telah diagihkan.

Oleh itu AJK LADAP Zon 2 telah mengagihkan tugas bagi mencapai  objektif yang telah dirancang iaitu:

Tugas telah diagihkan  mengikut tahun seperti berikut.

   -Tahun 4 diseliakan  oleh Guru Besar SRA Amru Al-As yang terdiri dari 9 orang ahli.

   -Tahun 5 diseliakan oleh Guru Besar SRA Zaid Bin Harithah yang terdiri dari 12 orang ahli.

   -Tahun 6 diseliakan oleh Guru Besar SRA Falahiah yang terdiri dari 12 orang ahli.

Oleh itu AJK LADAP Zon 2 telah mengagihkan tugas bagi mencapai  objektif yang telah dirancang iaitu:

Tugas telah diagihkan  mengikut tahun seperti berikut:

         Bengkel ini telah  dibimbing oleh Ustazah Nor Asiah Binti Harun Penolong Pengarah Kanan Unit Akademik Bahagian Pelajaran JAWI.

        Bengkel ini diadakan bertujuan membina dan mengumpul  pelbagai bentuk BBM Bahasa Arab untuk dibawa pulang dan diguna pakai di sekolah masing-masing. Jawatankuasa LADAP Zon 2 berharap setiap sekolah dapat mengaplikasikan BBM yang telah dibina bersama bagi mencapai proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan pembelajaran abad ke 21.        

 l 2  l 3
 l 4  l 5
 l 6  l
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel