05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AIDILFITRI DIRAI - UKHWAH DITAUTI

IMG-20170723-WA00131

23 Julai 2017M/ 29 Ramadan 1438H (Ahad) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Majlis Mahabbah Aidilfitri 1438H/ 2017M yang bertujuan untuk meraikan lebaran Aidilfitri pada tahun ini.

1

Majlis dimulakan degan bacaan doa, ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Tn. Hj. Safa’a Bakong dan disusuli dengan amanat dari Tn. Hj. Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Acara diteruskan dengan jamuan makan perdana dan turut diserikan dengan acara cabutan bertuah dan alunan nasyid yang didendangkan oleh Kumpulan Nasyid Harapan.

1

Majlis ini dihadiri oleh lebih 1,200 orang jemaah setempat dan turut hadir memeriahkan majlis adalah Tn. Hj. Abdul Aziz bin Jusoh (Pengarah JAWI), Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Noor (Pengerusi Masjid At-Taqwa TTDI), Datuk Hj. Thobrani Hj. Hanafi (Pengerusi Masjid Al-Hidayah), Datuk Ibrahim Thamby Chik (Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq) serta wakil-wakil dari agensi kerajaan dan NGO setempat. Majlis ini diharapkan dapat merapatkan silaturrahim dikalangan masyarakat setempat.

IMG-20170723-WA00932 IMG-20170723-WA01003
IMG-20170723-WA00164  IMG-20170723-WA00175
 IMG-20170723-WA00826 IMG-20170723-WA00727

Disediakan oleh:

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS),

Kampung Sungai Penchala,

Kuala Lumpur.


Cetak   Emel